Sinar Harian 4 Julai 2011
SEREMBAN - Pas meminta kerajaan memberi penjelasan tentang kaedah pengurusan sisa radioaktif dikeluarkan kilang Lynas di Gebeng, Kuantan, setelah ia beroperasi kelak.
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas, Zulkefly Mohamad Omar berkata, setakat ini, isu berkenaan masih belum dijawab kerajaan,
“Orang ramai berhak tahu bagaimana sisa radioaktif akan dilupuskan dan ke mana ia dihantar serta kesannya terhadap alam sekitar.
“Kita tidak mahu nyawa dan kesihatan rakyat terancam sekiranya berlaku keboco-ran sisa radioaktif di sekitar premis kilang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan diminta bersikap lebih telus berhubung isu pembinaan kilang Lynas dan mengutamakan keselamatan rakyat berbanding keuntungan.
“Pas tidak akan berganjak berhubung bantahan terhadap pembinaan kilang Lynas, malah kita bakal memfailkan permohonan di mahkamah untuk mendapatkan perintah menghentikan projek ini,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9257489.asp