Rabu, Februari 15, 2012

YB Dato Ir Amiruddin 22 Feb 2012 di Seremban



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 22 Feb 2012 , Rabu
Masa : 9 malam
Batu 8, Pekan Pantai, Jalan Jelebu, Seremban
Penceramah :
- YB Dato Ir Hj Amiruddin
- YB Cha Kee Chin
- Dr Badrul Amin Baharon
- Dr Abd Aziz Bari
- Zulkefly Mohamad Omar

Semua dijemput hadir

Selasa, Februari 07, 2012

Mahfuz Omar di Lenggeng, N9 11 Feb 2012



CERAMAH PERDANA
Tempat : Markas PAS Lenggeng, Taman Ulu Beranang, Lenggeng, N.Sembilan
Tarikh : 11 Feb 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Penceramah :
YB Dato Mahfuz Omar , Naib Presiden PAS
YB Cha Kee Chin , Setiausaha DAP N.Sembilan
Zulkefly Mohamad Hj Omar , AJK PAS Pusat
Semua dijemput hadir

Khamis, Januari 26, 2012

PAS tinjau kolam udang prihatin aduan rakyat

PAS tinjau kolam udang prihatin aduan rakyat
Khairul Azlam Mohamad, 24 Jan 2012

SETIU, 24 Jan: Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dipersoalkan kerana sanggup mengenepikan kepentingan rakyat demi menjayakan Projek Taman Akaukultur Udang Bersepadu (i-SHARP).

Projek i-SHARP tersebut melibatkan kawasan seluas 1,000 hektar atau 2,400 ekar tanah yang merangkumi beberapa buah kampung penduduk seperti Kampung Nyatoh, RTB Kampung Kubang Labi dan Kampung Banggol, Permaisuri, Setiu.

Difahamkan, projek kolam udang tersebut di bawah Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) dan dimajukan oleh Syarikat Blue Archipelogo Berhad dari anak syarikat milik Khazanah Nasional Berhad.

Sehubungan itu, PAS dan penduduk setempat bukannya membantah sebarang bentuk projek pembangunan tetapi tidak mahu menggadai masa depan rakyat.

Kehadiran anggota Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat yang diketuai oleh pengerusinya, Zulkefly Mohamad Omar bersama beberapa orang jawatankuasa, baru-baru ini mengundang rasa kurang senang pihak pemaju projek tersebut.

Malah, ketika pimpinan PAS tersebut memasuki kawasan tapak projek telah disergah serta dihalang dari meneruskan tinjauannya bagi menyelami permasalahan sebenar rakyat.


Tinjauan Harakahdaily ke tapak projek i-SHARP bersama delegasi PAS itu hampir mencetuskan perkara yang tidak diingini serta layanan kurang baik pihak pengurusannya.

Zulkefly menjelaskan bahawa rombongannya adalah dari Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat bagi membuat tinjauan serta melihat tapak projek i-SHARP.

Kata beliau, pihaknya menerima banyak aduan tentang kesan buruk yang dihadapi oleh penduduk akibat dari kewujudan projek kolam udang tersebut.

Menurutnya, pihak PAS dan rakyat secara umum tidak menentang sebarang bentuk pembangunan tetapi tidak mahu projek yang bakal mengundang 1,001 masalah.

“Kami dari rombongan Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, masuk ke sini (tapak projek) untuk melihat sendiri keadaan kolam udang dan persekitarannya.

“Kami (delegasi) masuk pun tidak ada ‘sekatan’ atau ‘halangan’ dari mana-mana pengawal sekuriti di pintu masuk dan apa salahnya.

“Penduduk mengadu dan mereka hadapi masalah sejak projek (i-SHARP) ini dimulakan dengan kesan banjir, pencemaran alam sekitar dan sebagainya. Itu yang kami hendak tengok (tinjau) di sini,” jelasnya kepada pegawai terbabit.

Menurut beliau, penduduk mendakwa projek i-SHARP telah menyebabkan berlaku banjir luar biasa, tanaman petani rosak, kehadiran kera hutan masuk kampung dan sebagainya.

Selepas kurang 10 minit, rombongan PAS itu beredar bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Turut serta mengiringi delegasi tersebut Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Terengganu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak i-Bantah, Dr Azman Ibrahim.

Harakahdaily difahamkan, delegasi lajnah tersebut juga akan membuat tinjauan alam sekitar di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu serta hakisan ombak di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7731-pas-tinjau-kolam-udang-prihatin-aduan-rakyat

Khamis, Januari 19, 2012

Bob Lokman di Seremban 23 Jan 2012


CERAMAH UMUM
Penceramah : Bob Lokman, Dr Badrulamin Bahron dan Zulkefly Mohamad Hj Omar
Tarikh : 23 Jan 2012, Isnin
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

Semua dijemput hadir


Rabu, Januari 18, 2012

Dato Tuan Ibrahim di Lenggeng 27 Jan 2012


CERAMAH PERDANA

Tarikh : 27 Jan 2012, Jumaat

Masa : 9 mlm

Tempat : Markas PAS Lenggeng, Taman Ulu Beranang, Lenggeng, N.Sembilan

Penceramah :

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man - Ketua Penerangan PAS Pusat

Shamsul Iskandar Md Akin - Ketua AMK Pusat

Zulkefly Mohamad Hj Omar - AJK PAS Pusat

Semua dijemput hadir

Selasa, Januari 17, 2012

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN
PILIHAN RAYA UMUM KE 13 (PRU13)

“Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat” - Tonggak Nan Sembilan

Tonggak 1: Rakyat Itu Tuan

1.0 Pentadbiran dan Kewangan Awam

1.1 Mewajibkan Menteri Besar dan Ahli EXCO mengisytiharkan harta.
1.2 Menguruskan kewangan Negeri secara berhemat dan memastikan tiada ketirisan dan pembaziran dalam belanjawan Kerajaan.
1.3 Mengamalkan sistem tender terbuka bagi perolehan dan projek pembangunan sektor awam.
1.4 Menubuhkan Badan Semak dan Tara untuk meningkatkan keamanahan, ketelusan, kebertanggugjawaban dan membasmi rasuah.
1.5 Menangani kerenah birokrasi dan campur tangan politik dalam pentadbiran awam supaya urusan rakyat dengan jabatan dan agensi kerajaan mudah, cepat, telus dan tanpa rasuah dan pilih kasih.
1.6 Mendemokrasikan pemilihan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan membuka mesyuarat PBT kepada orang ramai.
1.7 Mendemokrasikan pemilihan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK).
1.8 Mewujudkan “Enakmen Kebebasan Maklumat” bagi memberi akses kepada rakyat mendapatkan maklumat awam.

**********
Tonggak 2: Rakyat Nan Senang dan Sejahtera

2.0 Ekonomi

2.1 Membangunkan ekonomi secara seimbang, mewujudkan peluang pekerjaan dan merapatkan jurang pendapatan.
2.2 Mengutamakan projek dan kegiatan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat secara langsung.
2.3 Membangunkan sektor perumahan dan komersial sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Negeri.
2.4 Membangunan sektor pertanian dengan penekanan kepada pengeluaran makanan, industri pemprosesan makanan dan penyelidikan dan pembangunan pertanian.
2.5 Memajukan tanah terbiar termasuk tanah pusaka adat.
2.6 Meningkatkan pelaburan langsung dalam sektor industri dengan menawarkan pakej insentif pelaburan seragam kepada pelabur dalam dan luar negara.
2.7 Menggalakkan pembangunan sektor industri kecil dan sederhana.
2.8 Mempromosi Negeri Sembilan sebagai destinasi pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa.
2.9 Meningkatkan prestasi syarikat-syarikat milik kerajaan Negeri.

**********
Tonggak 3: Rakyat Nan Bertelapak

3.0 Tanah dan Perumahan

3.1 Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold).
3.2 Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas.
3.3 Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 tahun.
3.4 Mensasarkan setiap keluarga memiliki sebuah rumah kediaman mampu milik.
3.5 Memperkasa dasar penggantian tanah rizab Melayu yang diambil kerajaan.
3.6 Melindungi kepentingan dan kedudukan Orang Asal.

**********
Tonggak 4: Rakyat Nan Berilmu

4.0 Pendidikan

4.1 Mewujudkan skim bantuan pendidikan bagi memastikan setiap anak warga Negeri Sembilan mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat SPM.
4.2 Memberi bantuan secara sistematik kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah-sekolah tinggi persendirian.
4.3 Memberi sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.
4.4 Menjadikan Negeri Sembilan hub pendidikan utama di wilayah selatan Semenanjung.

**********
Tonggak 5: Rakyat Nan Berakhlak

5.1 Islam dan Pendidikan Islam

5.1.1 Memperkemas sistem pungutan dan agihan zakat sebagai satu instrumen pembasmian kemiskinan.
5.1.2 Memperkemas pentadbiran wakaf.
5.1.3 Meningkatkan peruntukan kewangan tahunan untuk hal ehwal agama Islam.
5.1.4 Menggalakkan masyarakat Islam menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat.
5.1.5 Menggalakkan penglibatan ahli qariyah dalam memilih AJK Masjid masing-masing.
5.1.6 Mengembangkan sistem pendidikan sekolah agama rakyat (SAR) secara sistematik.
5.1.7 Melanjutkan pendidikan KAFA sehingga ke sekolah menengah.
5.1.8 Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur’an.

5.2 Agama-Agama Lain

5.2.1 Mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam.
5.2.2 Memberikan peruntukan tahunan kepada badan-badan induk agama bukan Islam.
**********
Tonggak 6: Rakyat Nan Aman dan Mencintai Alam

6.1 Keselamatan, Jenayah, Gejala Sosial

6.1.1 Memperkasa mekanisma penguatkuasaan undang-undang dan peraturan keselamatan bagi membendung jenayah dan gejala sosial.
6.1.2 Menambahbaik sistem pencahayaan dan sistem keselamatan di tempat-tempat yang kerap berlaku jenayah.
6.1.3 Memberi insentif kepada majikan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pekerja wanita yang berkerja syif malam bagi menjaga keselamatan mereka.
6.1.4 Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap perbuatan merosakkan kemudahan dan harta awam.

6.2 Alam Sekitar

6.2.1 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang tidak mengizinkan apa jua pembangunan dijalankan selagi kajian impak alam sekitar dan sosial belum dikemukakan.
6.2.2 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkaitan pembuangan sisa industri bagi mencegah pencemaran sungai, tasik, laut, persekitaran dan udara.
6.2.3 Menghijaukan persekitaran dengan mewujudkan banyak taman bunga di taman-taman perumahan dan menanam pokok-pokok di sepanjang jalan raya.
6.2.4 Menjaga kebersihan persekitaran bandar, kampung, kawasan perumahan di estet-estet dan kawasan Felda.
6.2.5 Memulihara rizab hutan simpan, hutan perlindugan hidupan liar, kawasan tadahan air, taman-taman hutan lipur dan rizab hutan bakau di kawasan persisiran pantai.

**********
Tonggak 7: Rakyat Nan Selesa

7.0 Infrastruktur dan Kemudahan Awam

7.1 Memastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih berkesan untuk penduduk bandar dan luar bandar.
7.2 Meningkatkan mutu jalan-jalan raya di seluruh Negeri Sembilan.
7.3 Menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan dan memastikan mutu air sentiasa tinggi.
7.4 Membina dewan komuniti dan taman rekreasi dan memasang lampu jalan di taman-taman perumahan dan kampung-kampung tradisi, kawasan perumahan estet dan kawasan Felda.
7.5 Mewujudkan zon akses kepada internet secara percuma di seluruh Negeri Sembilan.

**********
Tonggak 8: Wanita di Martabatkan, Rakyat Nan Muda Disayangi, Nan Dizalimi Dibela dan Nan Tua Disantuni

8.1 Wanita dan Keluarga

8.1.1 Menyediakan kemudahan penjagaan anak di jabatan-jabatan dan agensi kerajaan dan menggalakkan majikan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama.
8.1.2 Menubuhkan dana usahawan wanita bagi membantu wanita menceburkan diri di dalam perindustrian dan perniagaan.
8.1.3 Memperkenalkan waktu kerja anjal bagi kaum wanita di sektor awam supaya wanita yang bekerja tidak mengorbankan kesejahteraan keluarga.
8.1.4 Memastikan kaum wanita diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
8.1.5 Memberi bantuan tahunan RM 500 kepada ibu-ibu tunggal yang layak.
8.1.6 Memberi 7 hari cuti ehsan kepada pekerja sektor awam yang kematian pasangan.
8.1.7 Membuka akaun tabungan permulaan RM100 bagi setiap kelahiran bayi.

8.2 Anak Muda

8.2.1 Menyuburkan semangat sukarelawan, khidmat masyarakat dan suka menjelajah di kalangan anak muda.
8.2.2 Mengadakan projek usahawan muda bagi menggalakkan anak muda menceburkan diri dalam perindustrian dan perniagaan.
8.3.3 Mewujudkan pusat perniagaan dan kebudayaan untuk anak muda.
8.2.4 Memastikan anak muda diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
8.2.5 Meningkatkan akses kepada kemudahan-kemudahan sukan milik kerajaan untuk kegunaan anak muda.
8.2.6 Meningkatkan pembangunan sukan.

8.3 Peneroka Felda

8.3.1 Menyokong cadangan mengagihkan tanah Perladangan Felda Sdn. Bhd. kepada generasi kedua peneroka.
8.3.2 Mempercepatkan pengeluaran geran hakmilik tanah kepada peneroka yang telah melunaskan hutang kepada Felda.
8.3.3 Menyokong usaha Felda membina rumah mampu milik di kawasan Felda untuk generasi kedua peneroka.
8.3.4 Bekerjasama dengan Felda menyediakan program pendidikan agama kepada anak-anak peneroka.


8.4 Kebajikan

8.4.1 Memperkasa sistem bantuan kebajikan kepada golongan sasar (warga emas, fakir miskin, golongan berpendaptan rendah, golongan tidak bernasib baik dan orang kurang upaya).
8.4.2 Memberi sumbangan tahunan RM100 kepada warga emas.
8.4.3 Menyediakan InsuranTakaful Kifalah Berkelompok secara percuma kepada warga emas (manfaat kematian RM2,500 akan dibayar kepada waris).
8.4.4 Memberi bantuan pakaian seragam sekolah bernilai RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang berpendapatan bulanan RM1,500 ke bawah.
8.4.5 Memastikan persekitaran dan prasarana yang akrab OKU di bangunan kerajaan dan menggalakkan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama di premis masing-masing.
8.4.6 Menggalakkan majikan di sektor awam dan swasta memberi pertimbangan istimewa kepada OKU di dalam pengambilan pekerja.
8.4.7 Kerajaan Negeri memberi sumbangan tetap, tertakluk kepada kemampuan kewangan, kepada badan-badan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti kebajikan.

**********
Tonggak 9: Rakyat Nan Berbudaya dan Beradat

9.0 Seni Budaya dan Adat

9.1 Merakyatkan seni budaya setiap kaum.
9.2 Menubuhkan Perbadanan Pembangunan Tanah Adat bagi membangunkan tanah adat yang terbiar.
9.3 Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak.
9.4 Menubuhkan sebuah institusi bagi memperkasakan adat perpatih.

Khamis, Januari 05, 2012

Rapat Rakyat N.Sembilan 15 Jan 2012 di Gemas, N.Sembilan



RAPAT RAKYAT
Ceramah Perdana dan Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan.
Tarikh : 15 Jan 2012, Ahad
Masa : 8 mlm
Tempat : Dataran Rakyat, pekan Gemas, N.Sembilan (berhampiran pusat bowling Gemas)
Tetamu :
1. YB Dato Seri Anwar Ibrahim (tertakluk keputusan mahkamah 901)
2. Tuan Hj Mohamad Sabu (PAS)
3. YAB Lim Guan Eng (DAP)
4. Pimpinan Pakatan Rakyat Pusat/Negeri

Semua dijemput hadir

Rabu, Januari 04, 2012

Imam Besar Masjid Batu, Lenggeng telah diberhentikan

“Ketika Berada di Kedah, Saya mendapat panggilan dari seorang sahabat AJK Masjid menyatakan Imam Besar Masjid Batu, Lenggeng iaitu Tuan Hj Mohd Said Ab Ghani telah diberhentikan kerana membaca Kutbah Jumaat berkaitan Qazaf.Difahamkan kepada saya bahawa Komplen yang dilakukan oleh Ketua Cawangan UMNO Lenggeng dan YB Lenggeng merupakan faktor tersingkirnya imam tersebut.”

Sumber : http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=215859535162933&id=100002166637189

Selasa, Disember 27, 2011

Permintaan jalan berturap di Kampung Tengah Lenggeng

Dari Laman Web Aduan Rakyat Online - 27 Dis 2011

Permintaan jalan berturap di Kampung Tengah Lenggeng

Saya tinggal di Kampung Tengah Lenggeng, Negeri Sembilan. Saya salah seorang dari beberapa penduduk yang tinggal di sebuah kawasan yang agak jauh dari jalan raya. Jalan ke rumah kami hanyalah jalan tanah merah lebih kurang sepanjang 1 KM.

Kami menggunakan jalan tersebut untuk keluar masuk dan apabila hujan kami terpaksa meninggalkan kereta dan van ditepi jalan raya dan berjalan kaki ke rumah. eadaan ini sangatkan menyusahkan kami semua.

Kami sudah tinggal di sini hampir 10 tahun. Dalam masa 10 tahun ini kami sudah membuat berkali-kali permohonan untuk mendapatkan jalan berturap tapi tidak pernahada tindakan yang diambil.

Setiap kali permohonan dibuat, alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa adalah belum ada peruntukan, rumah kurang dari empat buah rumah. Sedangkan di kawasan lain jalan lama semuanya sudah bertukar baru dan ada kawasan yang tidak mempunyai rumah juga diberikan jalan berturap.
Saya sudah membuat aduan kepada ketua kampung dan juga YB di kawasan Lenggeng ini tapi semuanya hanya sama saja.

Sekarang saya betul-betul sudah terdesak memerlukan jalan berturap kerana saya merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan pada 2013 dan saya ingin mengadakannya dirumah saya, tapi jika saya tidak berjaya mendapatkan jalan berturap sebelum itu saya terpaksa membatalkan majlis tersebut.

Saya sangat berharap pihak aduan rakyat dapat menolong saya menyelesaikan masalah ini. Saya sangat berharap.

Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Apa gunaya slogan diatas jika rakyat seperti kami diabaikan seperti orang asing.

Kampung Tengah, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan.

By: HANAFI

http://www.aduanrakyat.com.my/permintaan-jalan-berturap-di-kampung-tengah-lenggeng

Jumaat, Disember 09, 2011

CERAMAH UMUM

Tarikh : 12 Dis 2011, Isnin
Masa : 9 mlm
Tempat : Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban
Penceramah : Nik Amar Nik Abdullah, Abdullah Sani, Zulkefly Mohamad Hj Omar

Isnin, Oktober 24, 2011

Facebook PAS Negeri Sembilan

Adalah dimaklumkan Facebook PAS Negeri Sembilan adalah pada pautan berikut http://www.facebook.com/PASN9

Sabtu, Oktober 22, 2011

Tawaran Program Korban DUN Lenggeng 1432 Hijrah



PAS DUN Lenggeng akan menganjurkan program Ibadah Korban pada Hari Pertama Idil Adha 1432 Hijrah bertempat di Kampung Masjid, Lenggeng, Negeri Sembilan.

Bayaran penyertaan untuk satu bahagian ialah RM 380.00

Untuk maklumat lanjut sila ke :

Facebook Zulkefly Mohamad Hj Omar http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100002166637189&sk=wall

Blog MTD DUN Lenggeng http://mtdlenggeng.blogspot.com/

Khamis, Oktober 20, 2011

Sertai Rakan Facebook PAS Negeri Sembilan

Serta Rakan Facebook PAS Negeri Sembilan di http://www.facebook.com/PASN9

Dapatkan maklumat semasa di Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com

Jumaat, September 30, 2011

Hanipa Maidin 7 Okt 2011 di Lenggeng, N.Sembilan



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 7 Okt 2011, Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat : Kampung Daching Hilir, Lenggeng, N.Sembilan (rumah Pn Zaiton berhampiran Bandar Akademia).
Penceramah :
Sdr Hanipa Maidin , Peguam
YB Chang Lih Kang , Adun Teja (PKR)
Zulkefly Mohamad Hj Omar , AJK PAS Pusat

PAS sambut hari habitat sedunia di Shah Alam

KUALA LUMPUR, 29 Sept 2011 : PAS akan menyertai masyarakat antarabangsa apabila akan menyambut Hari Habitat Sedunia 3 Oktober ini.

Ia akan disambut di Dataran Shah Alam, Selangor 3 Oktober ini mulai 8.30 malam, kata Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkifli Mohd Omar kepada Harakahdaily.

Ia dianjurkan bersama PAS kawasan Shah Alam dan MBSA MPP Zon 1.

Program ini adalah program yang merupakan menifestasi serta hasil sambutan World Habitat Day melalui deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang akan di adakan pada 3 Oktober, 2011 dan akan diraikan oleh semua negara-negara di dunia.

Bulan habitat sedunia, katanya, di harapkan dapat memberi suatu impak yang amat besar bagi gerakan kesedaran awam berkenaan isu-isu alam sekitar amnya serta ke arah memperkemaskan dan memperkasakan tataurus dan gerak kerja badan-badan berkanun, kerajaan, dan badan-badan bukan kerajaan di dalam kesedaran awam berkenaan isu-isu alam sekitar.

Menurut Zulkifli, sambutan ini dianjurkan di negeri-negeri bagi meningkatkan komitmen Kerajaan Negeri dan memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan badan-badan bukan kerajaan dalam pengurusan alam sekitar setempat.

Pelbagai aktiviti lain turut dianjurkan dengan kerjasama pihak swasta, industri dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Menurut beliau, objektif sambutan ini adalah

I.Meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan orang ramai

II.Mengeratkan dan mempertingkatkan kerjasama di antara badan-badan bukan kerajaan dan Kerajaan Negeri di dalam pengurusan alam sekitar; dan

III.Menggalakkan kerjasama di antara pelbagai agensi seperti pertubuhan bukan kerajaan, agensi-agensi swasta, individu dan sebagainya dalam usaha pemuliharaan alam sekitar

IV.Memberi Kesedaran Pihak Berkuasa, Jabatan dan Agensi Kerajaan, Swasta sentiasa memberi kepentingan dan keutamaan Alam Sekitar bila membuat sesuatu pembangunan atau penerokaan bumi kita.

V.Mengujudkan rasa tanggungjawab bersama bahawa tempat,bumi/planet kita adalah tanggungjawab kita semua

VI.Acara Hari Sambutan Alam Sekitar disambut oleh kebanyakan Negara di dunia dijadikan acara penting oleh Kerajaan Pakatan Rakyat terutama di Negeri yang kita perintah seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

VII. Mesej kepada Rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat sentiasa prihatin terhadap Alam Sekitar.

Sambutan kali ini, kata beliau, bertemakan 'Air Boleh Merubah Segalanya, Manusia dan Pembangunan'.

Tema ini dipilih berdasarkan beberapa Faktor dan isu yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.

i.Air sebagai Sumber Kehidupan. Sebarang Pembangunan dan Penerokaan Kawasan Tadahan Air atau Kawasan Hutan Simpan kekal mestilah dielakkan.

ii.Kesedaran Rakyat dan Pihak Berwajib soal Penjagaan dan Pemeliharaan Sungai-Sungai dari dicemari oleh bahan-bahan sisa pepejal, berair,bergas yang mengandungi Asid, Toksid dan elemen radio-aktif mestilah dibuat secara berterusan.

iii.Isu Air yang melibatkan Kerajaan Negeri dengan Syabas dan Kerajaan Persekutuan mestilah diselesaikan segera demi kebaikan Rakyat Negeri Selangor

iv.Pembinaan Industri yang berisiko tinggi mestilah jauh dari kawasan sumber air dan tempat tinggal rakyat

v.Kualiti air dan penemuan sumber baru serta penambahbaikan pengurusan pentadbiran bekalan air merupakan agenda dalam pembangunan sosial–ekonomi rakyat.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5679-pas-sambut-hari-habitat-sedunia-di-shah-alam

Isnin, September 12, 2011

PD pusat pembuangan sampah



PD pusat pembuangan sampah
Sinar Harian 12 Sep 2011

PORT DICKSON – Daerah Port Dickson pada hari ini bukan sahaja terkenal dengan pelbagai gelaran seperti Pusat Pelancongan Negara dan Bandar Tentera Darat, malah turut dikenali sebagai pusat segala pembuangan.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas Pusat, Zulkefly Mohamad Omar berkata, daerah ini dijadikan pusat segala pembuangan sampah.

Menurutnya, Port Dickson secara nyatanya dijadikan pusat pembuangan sampah di Bukit Palong, pusat pelarian, pusat pembuangan sisa kumbahan ke dalam laut dan saliran longkang turut disalurkan ke laut serta pembuangan atau pelepasan karbon dari salah satu kilang di sini.

“Ini semua dilakukan kerana pembangunan tidak dirancang dengan baik dan menyebabkan rakyat yang terpaksa menanggungnya tanpa mereka sedari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Coastal Clean Up 2011 dan Sambutan Hari Raya anjuran Lajnah Alam Sekitar Pas Pusat dengan kerjasama PKR Telok Kemang.

Majlis berkenaan dirasmikan ahli jawatankuasa (AJK) Pas Pusat merangkap Exco Kerajaan Kedah Datuk Amirudin Hamzah.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Adun Port Dickson, M Ravi dan Adun Lukut, Ean Yong Tin Sin.

Zulkefly berkata, rakyat perlu sedar dan bangkit bagi memastikan perkara seumpama ini tidak berterusan dan akhirnya rakyat yang tanggung.

“Pantai Port Dickson sepatutnya dikenali sebagai pantai selamat, selesa dan sihat serta bukannya sebagai pusat segala bahan buangan. Namun, masyarakat tidak mempunyai banyak pilihan dalam menentukan destinasi percutian mereka dan memilih Port Dickson berikutan lokasinya strategik,” katanya.

Katanya, dalam memastikan pantai Port Dickson terpelihara, semua pihak perlu memainkan peranannya dengan betul.

“Apa yang penting, peranan dimainkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) perlulah ke arah Port Dickson sebagai pusat pelancongan dan mereka perlu tegas,” katanya.

Coastal Clean Up adalah julung kali diadakan di negara ini dan Pas bercadang akan menjadikan ia sebagai acara tahunan di mana ia turut dijayakan di peringkat antarabangsa.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9519697.asp

Isnin, Ogos 22, 2011

Munajat Perdana 26 Ogos 2011 N.Sembilan



PROGRAM MUNAJAT PERDANA
Tarikh : 26 Ogos 2011 Jumaat
Masa : 9.45 mlm - 5.50 pagi
Tempat : Muassasah Darul Shariff , Jempol, N.Sembilan

Objektif :
- Mengumpul kekuatan rohani di kalangan petugas PAS untuk menghadapi PRU 13.
- Munajat dengan Allah SWT supaya Allah memberi kekuatan kepada petugas PAS.
- Memohon kepada Allah memberi hidayah kepada rakyat Malaysia untuk menerima perjuangan Islam.

Peserta :
Pimpinan PAS di semua peringkat, ahli PAS, penyokong PAS, orang ramai semua dijemput hadir.

Tentatif Program
09.00-09.45 PM Solat Tarawih
09.45-09.50 PM Ucapan Pesuruhjaya Negeri-Negeril/WP (Tidak Live)
10.00-10.10 PM Ucapan Pengarah Program Untuk Mempengerusikan Majlis
(Live daripada Taman Melewar)
10.10-10.40 PM Ucapan YB Dato Haji Harun Taib (Live daripada Masjid Rusila)
10.40-11.20 PM Ucapan YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Live daripada Rusila)
11.20-12.00 PM Ucapan YAB Dato Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat (Live daripada Kota Bahru).
03.00 -05.50 AM Munajat di negeri masing-masing

Khamis, Ogos 18, 2011

Rabu, Ogos 10, 2011

Lynas : Badar ambil tindakan undang-undang



KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pembinaan dan pengoperasian loji kontroversi Lynas dalam masa yang terdekat ini.

Tindakan tersebut akan di buat menerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat.

Perkara tersebut di umumkan oleh Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas Malaysia yang juga Penasihat Badar, Haji Zulkefly Mohamad Omar selepas mengadakan mesyuarat bersama dengan Lajnah Guaman dan Hak Asasi yang di ketuai oleh pengerusinya Haji Asmuni Awi berserta empat orang ahli jawatankuasanya.

Menurut beliau setelah melalui beberapa siri perbincangan dan meniliti dengan mendalam isu yang di bawa oleh penduduk Balok dan kawasan sekitarnya melalui Badar, Lajnah Guaman bersetuju untuk mengambil kes tersebut dan bersama sama dengan Badar serta penduduk setempat bagi menghalang pembinaan dan pengoperasian loji Lynas di Gebeng.

“Kita kini dalam proses akhir dan insya Allah akan menfailkan kes ini di mahkamah secepat mungkin,” ujar beliau lagi.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Pengarah Badar Andansura Rabu mengatakan tindakan mahkamah adalah jalan yang paling tepat dalam memperjuangkan nasib penduduk dan alam sekitar berhampiran dengan loji tersebut berdasarkan perkembangan semasa.

Menurut beliau kerajaan negeri mahupun pusat memandang sepi saranan, teguran dan bantahan samada dari penduduk mahupun NGO yang prihatin.

Bahkan saranan penambahbaikan yang di sarankan oleh panel yang di lantik oleh kerajaan sendiri iaitu IAEA tidak dihebahkan secara terbuka kepada orang ramai mengenai masalah yang dikenal pasti mahupun tempoh masa yang di berikan.

“Walaupun kita tidak mengiktiraf panel IAEA tersebut di sebabkan keanggotaannya yang tidak menyeluruh dan skop kajiannya terlalu kecil dan tempoh masa yang terlalu singkat namun setidaknya kerajaan harus menerangkan secara terbuka kedapatan yang di perolehi oleh panel yang mereka sendiri lantik kepada rakyat.

"Kunjungan panel tersebut di berikan liputan meluas dan kerajaan melalui media cetak dan elektronik tanpa membuang masa menghebohkan bahawa Lynas adalah selamat tanpa menerangkan sebelas isu yang di bangkitkan oleh panel tersebut,“ ujar beliau.

Tambahnya lagi, kehadiran panel IAEA di saat pembinaan loji sudah mencapai tahap 40% siap dan penemuan sebelas kepincangan tersebut jelas menunjukkan nyawa dan alam sekitar di kompromi tanpa pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan.

Lynas pula begitu cekap mengambil peluang di atas kelemahan kerajaan yang ada pada hari ini dan pantas memberi bayangan keuntungan berbilion yang bakal di raih mereka menyebabkan mungkin ada yang berpinar biji mata mendengar angka RM 4 - 8 bilion setahun sedangkan Lynas 100% milik asing dan 12 tahun di kecualikan cukai!.

“Justeru itu kita merasakan sudah tiba masanya untuk mengambil satu tindakan yang konkrit dan muktamad iaitu melalui tindakan perundangan melalui mahkamah.

“Kita amat memahami tindakan ini memerlukan pengorbanan yang amat besar dari semua yang terlibat baik dari segi masa, tenaga mahupun kewangan terutamanya bagi penduduk Balok dan sekitarnya namun kita sudah tiada pilihan lain.

"Menyedari hakikat tersebut kami mengalu-alukan sokongan yang tidak berbelah bagi dan berterusan dari segenap lapisan masyarakat di seluruh Malaysia kerana isu ini turut memberi kesan kepada seluruh negara tidak terhad kepada penduduk Balok sahaja. Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan dan kerjasama dari semua pihak yang menentang loji Lynas ini.

"Semoga semangat Ramadhan menguatkan lagi iltizam kita dalam memelihara nyawa dan alam sekitar tanahair tercinta ini. Sambutan hari kemerdekaan yang akan datang juga lebih bermakna sekiranya semua pihak meletakkan kepentingan negara tercinta melebihi kepentingan kapitalis asing,” ujar beliau.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4834-lynas--badar-ambil-tindakan-undang-undang

Sabtu, Ogos 06, 2011

Lynas berdepan tindakan saman


Lynas berdepan tindakan saman
Sinar Harian 6 Ogos 2011

SEREMBAN – Syarikat Lynas Corporation Ltd bakal berdepan tindakan undang-undang berikutan beberapa penduduk di Gebeng, Kuantan akan menfailkan saman terhadap syarikat tersebut dalam masa terdekat ini.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas Pusat, Zulkefly Mohd Omar berkata, :tindakan itu berdasarkan beberapa faktor yang dianggap serius dan boleh menjejaskan penduduk tempatan.

Katanya, tindakan saman itu bukan sahaja dikenakan terhadap Lynas, malah pihak kementerian dan agensi berkaitan termasuk Kerajaan Negeri Pahang.

“Kita telah mempunyai beberapa defendan yang akan memfailkan saman terhadap Lynas serta beberapa penama lain.

“Malah, panel guaman juga telah dilantik untuk mengkaji dan meneliti kes ini supaya boleh dibawa ke muka pengadilan,” katanya pada sidang media di Pejabat Pas, Mantin, di sini, semalam.

Turut serta, Pengarah Badan Bertindak Anti Residue, Andansura Rabu.

Zulkefly berkata, antara faktor utama pihaknya berbuat demikian adalah pembinaan lokasi terbabit didakwa tidak sepatutnya dibuat di kawasan yang berdekatan dengan penempatan penduduk.

Malah katanya, jarak antara kilang dengan kawasan kampung hanya dua kilometer sahaja.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9403985.asp